Tuesday, April 26, 2011

ISU SEMASA DI PERSEKITARAN MENJADI TOPIK YG SESUAI BUAT MASA SEKARANG NI...

Assalamualaikum semua kawan2...

Masih lagi dlm topik kreativiti dlm mencari idea utk di kongsikan bersama org ramai. Ramai boleh menulis tetapi tidak semua yg boleh menulis dengan baik sehingga boleh menambat hati org yg perlukan info dan maklumat dari blog kita

Dalam mencari idea yg kreatif dalam menghasilkan penulisan di blog akan menjadi sukar jika kita syok sendiri dalam penulisan kita. Justeru kita kenalah jujur dalam penulisan kita, sampai bila kita nk copy paste je artikel atau penulisan dari blogger yg memang dah terkenal dengan gaya dan penulisan mereka. Itu dah menjadi identiti mereka dalam penulisan yg mana sudah menjadi style pengolahan bersifat personal.

Untuk mengelakkan perkara itu berlaku, pada pandangan aku wajar la kita menulis artikel berkenaan diri kita atau pengalaman kita sehari. sah2 orang tak alami perkara yg sama dengan kita.


Satu lagi aku rasakan isu semasa menjadikan satu jalan selamat dlm penulisan dlm blog kita. So hargailah kehidupan dalam penulisan anda...jumpa lagi..

APA YANG SEPATUTNYA AKU TULIS KAT BLOG AKU NI!!

Assalamualaikum semua!

Last Post aku dulu pada 11 Februari 2011 uishh... lama tu aku tak buat ap2 post kat sini. Antara sebab musababnya ialah:

1. Masih mencari diri sendiri..(nak tulis pasal apa)
2. Mungkin aku ni org yg terperinci sikit...kalau nk buat sesuatu perkara nk kena research gila2 dulu baru nk post.
3. Apa tujuan aku menulis ni sebenarnya?..itu yg menjadi persoalan.kene ada tujuan baru ada penyelesaian.. selalunya bab ni yg jadi huru hara. Mcm2 tujuan org tulis blog ni antaranya:

1. Untuk Promosikan produk dan perniagaan
2. Untuk berkongsi minat dan hobi dengan org lain.
3. Untuk Menyindir, mengutuk, mengeje dan meluahkan kemarahan pada seseorang yg dia
tak suka. (yang ni aku pun tak sukakalau niat
4. Ulasan tentang artis2 atau atlet2 kegemaran mereka
5. Ulasan tentang berita dan isu semasa


Apapun pada aku kene berbalik semula pada niat dan tujuan kita berblog. Apapun aku harap aku tak kering idea lepas ni dalam menulis blog. Sama2 kita doakan...

Friday, February 11, 2011

Kenapa Saya BerBlog??

Assalamualaikum

salam sejahtera kepada anda semua. saya adalah salah seorang pendatang baru dalam dunia blogging ini. di harap anda semua dapat membantu saya untuk memantapkan lagi blog saya yg masih dalam pembinaan ini.

tidak di nafikan dunia IT dan Teknologi hari ini mempengaruhi saya untuk berkecimpung dalam dunia blogging ini. Pada asasnya tujuan saya berblog masih lagi samar setakat ini. pertamanya mungkin pengaruh dari rakan2 saya yang mempunyai satu ruang untuk meluahkan pendapat, berkongsi minat mereka, serta tak kurang untuk menjana pendapatan.

jika anda boleh lihat di awal percubaan saya, iaitu post pertama saya letakkan slideshow tentang product packaging bertujuan utk dokumentasi pengajaran saya.....saya seorang cikgu....

menjadi lumrah seorang guru akan membawa karektornya di mana sahaja mereka pergi. dan yg pasti blog adalah satu pelantar yg terbaik utk kita sama2 mempraktikkannya secara bijaksana dan berhemah. sama2 kita kita berblog...selamat berblogging

Sunday, October 24, 2010